Thursday, March 24, 2011

KEHADIRAN SEORANG INSAN

Setelah lama blog ini terlantar, kini barulah ia mula bermadah..... bermulalah sebuah kisah.

setelah 2 Februari 2007, terasa sangat pemergiannya yang buat pertama kalinya ditinggalkan untuk selamanya. kehadirannya bagaikan mimpi. kehadirannya memberi seribu inspirasi dan berjuta makna. tanpa mereka hidup ini bagaikan layang-layang terputus tali. kini yang tinggal hanyalah kenangan. mereka telah banyak berjasa dan menyumbangkan sepenuh kasih sayang tanpa mengira masa dan hari, tanpa mengharap apa-apa balasan. sehingga kini, mereka masih dalam ingatan dan segala memori masih tersemat di ingatan. Terima kasih buat Hamzah bin Abdullah dan isteri Faridah binti Hamid. Al-fatihah.......

Setelah lama kesepian, kesunyian, satu pertemuan bermula pada pertengahan November 2010. Tuhan telah menemukan dengan seorang insan yang baik budi pekerti dan penyayang. kehadirannya bagai seribu mimpi. sekian lama kesepian, Alhamdulillah hidup kini kembali berseri dan hati mula memberi seribu perasaan. kehadirannya membuatkan hidup kembali ceria dan gembira. perasaan sayang mula berputik memberi semangat untuk meneruskan hidup. Terima kasih insan yang bergelar "kakak".

di dalam sebuah perkenalan mestilah ada pahit dan manis. namun yang pahit itu tidak disemat kerana pahit itulah yang akan menghantui kita. dan yang manis itu dijadikan kenangan. perasaan sayang itu bertambah dan semakin bertambah apabila kehadiran seorang kakak menyerupai insan yang bergelar "mama". perkenalan kami bertambah erat setelah mengenali satu sama lain dari segi fizikal.

kadang-kadang fikiran ini mula melayang memikirkan sesuatu. kehadiran ku bagaikan sebuah beban kepadanya. otak ligat berfikir. fikir mengapa aku??? adakah aku sama seperti.............. perasaan ini mula timbul seribu persoalan. biarlah wahai semua persoalan ini. RINDU, KASIH SAYANG sentiasa mendampingi sehingga pada suatu saat aku mula berasa kehadiran ini adalah satu beban yg besar kepadanya membuatkan perasaan ini mula berdetik untuk berpisah, akan tetapi aku tidak sanggup untk melepasnya dan tidak boleh untuk melepaskannya sebab selagi ada sayang, kasih dan rindu perasaan sayang itu sentiasa ada. namun jika dia ingin aku pergi........ dengan hati yang tenang dan kecewa akan ku melangkah dan berlalu pergi deminya. demi membuang beban kepadanya.

sehingga kini perhubungan dan persahabatan kami terjalin walaupun pelbagai onak dilalui......
Terima kasih diucapkan kepada insan yang bergelar "kakak".

No comments: