Gambar kat atas ni aku la...hehehe..simple and sempoi. malas la nk bergaya2 ni. kalau nk bergaya kene la kluarkan duit. aku keluar2 duit ni yang takda. masuk apatah lagi.hahahaha....so, simple sahaja.
Nama penuh aku seperti dalam my kad la...dilahirkan dalam perut.hehehehe. umur 21 tahun masa tulis blog ni. Dilahirkan pada tanggal 16 jan 1990. anak ke 3 daripada 6.aku ni paling nakal la kat rumah.hehehehe. kalau aku tak da 1 hari, rumah aku senyap sunyi.....hehehehe. nak baca lg tak?
makanan kegemaran aku.....tah la. yang aku tau aku tak suka makan tempe,terung,tahu,peria,ulam,aper2 sayur yang pelik2 and aku tak makan belacan! nama je orang melaka. aku ni lebih kepada makanan barat kot. sebabnya aku dah biasa makan lorr....
minum plak air ape2 jer.asalkan jangan air panas atau sirap bandung. pening kepala di buatnyer lah. kalau ada sesiapa yang nak belanja tu pastikan jgn order sirap bandung yer...
Bab education ni suka bab2 komputer je. yang lain apa tak minat.apa teori?? maaf la, tengok jugak teori tu berkenaan apa. paling tak suka sejarah. tah ape masa form5 aku belajar pun tak tahu. cikgu je hensem.hahaha....habis je form 5 aku terus mohon poli. poli mana? ermm...paling dekat dengan rumah. politeknik merlimau. kat sinilah tempat belajar yg paling stylo. suka sangat.hahaha. macam2 kawan aku jumpa. mcm2 orang aku jumpa. lecturer pun mcm2 ragam, mcm2 style. tapi semua lecturer memang best lah! rugi sapa tak apply politeknik merlimau. Sem 5 je ada orang usha2 aku.hahaha....aku malas la nak layan sangat. nak berkawan kene pilih. cerewet kan...al maklumlah...aku ni cepat je nak terpengaruh dengan orang. Alhamdulillah aku kawan la dengan beliau sampai la sekarang...hehehe...Hah?? siapa dia? mana boleh beritahu.....aku sorang je tahu tau. yang penting dia selalu ada dlm hati aku ni. dia perempuan lah! malas la pulak nk simpan2 lelaki dlm hati ni !!!...
Sport pulak aku suka main badminton. sebab bapak aku pun main badminton. rumah dalm hutan... mana la nk jumpe permainan lain. dah bapak aku ada reket je. apa lagi.....belasah je lah..eh, lupa...aku ni suka pusing2 kampung. naik motor, naik basikal je sebab masa ni tak der kereta. lesen pun takda....
aahhh...penat la type. cukup la sampai sini sahaja...
