Monday, August 1, 2011

Riwayat Hidup



Aku dilahirkan disalah sebuah negeri iaitu Melaka. Aku dilahirkan pada Januari 1988. Apabila mataku mula terbuka aku lihat sekeliling. terdapat yang berbagai-bagai rupa dan bentuk. Aku terkejut melihatnya. Aku juga dilahirkan tanpa mengetahui siapakah saudara-maraku. Namun aku bersyukur kerana aku ditempatkan di kawasan yang selamat. Aku diletakkan pada rak-rak besi dan kawasan tersebut tertutup. Aku berada di aras yang paling bawah.


Pada suatu hari, datang seorang 'apek' memakai topi mengangkat aku dan rakan-rakanku yang lain dan kemudiannya di masukkan ke dalan lori. Aku dan rakan-rakan tertanya-tanya ke mana aku hendak pergi. Sampai di suatu tempat, aku dibawa turun dari lori tersebut. tanpa memikirkan panjang aku merasakan aku berada di satu tempat yang lain. aku diletakkan di sudut dalam sebuah kedai. Pada dua hari selepas aku ditempatkan, tiba-tiba datang dua orang lelaki iaitu seorang bapa dan seorang anak. mereka mengambil aku di rak tersebut dan kemudian mereka membayar dengan wang ringgit pada seseorang yang berada di kedai tersebut.



Kini aku terpisah dengan rakan-rakan ku yang lain. apabila tiba di rumah 2 orang lelaki ini, aku di tempatkan di dalam sebuah rak. rak itu sungguh bersih dan wangi. Pada sebelah petang, anak pemuda ini yang bernama Ahmad membawa aku ke padang bola. Setiap kali Ahmad membawa aku ke padang pastinya aku balik dalam keadaan yang kotor. Apabila Ahmad tiba di rumah, dia meletakkan aku di luar rumah sahaja. Pada waktu malam aku sangat kesejukkan. Begitu juga dengan hari-hari berikutnya. Aku sedih. Aku tidak dibelai dengan sepenuh kasih sayang. aku hanya diperlukan jika di iniginkan....mengapa manusia seperti ini wujud di dunia? walaupun aku tidak seberapa cantik, tapi aku masih ada hati dan perasaan.


Hari demi hari berlalu. aku jatuh sakit. makin hari aku semakin tenat. Ahmad tidak menghiraukan aku lagi. Aku tidak lagi di sayangi.....aku sedih.sedih.dan sedih. Kini Ahmad telah memiliki yang lain. Aku di letakkan di tepi pintu.... Satu hari kemudian, emak Ahmad mencampakkan aku ke dalam tong sampah di depan rumahnya.... Aku berasa sangat kecewa. Ini lah nasib si kasut bola. aku tidak lagi dimiliki oleh sesiapa lagi. Tamatlah riwayat aku sebagai sepasang kasut bola.



No comments: